Wednesday, July 9, 2008

Teka-teki matematik


Soalan :

Ada 3 orang sahabat baik pergi melancong ke langkawi, sampai sahaja di langkawi, mereka terasa amat letih. Jadi terfikir lah mereka untuk rehat , mandi , tidur dan lain-lain,
Maka cari lah meraka hotel yang termurah di sana....

Apabila mereka masuk ke hotel untuk check in... seorang pengurus kaunter ini memberitahu harga untuk semalaman ialah RM30 sahaja.....Jadi mereka pun membuat keputusan untuk mengutip wang sebanyakRM10 seorang. Selepas mereka memiliki kunci , mereka terus masuk dalam bilik untuk rehat , mandi , tidur, dan lain-lain.

Tiba² pengurus kaunter teringat bahawa hari ini adalah hari rabu dan bukannya cuti umum, jadi harganya berbeza ..Hari biasa RM25 sahaja... jadi, pengurus kaunter itu menyuruh kawannya memulangkan RM5 kepada 3 sahabat baik tadi ..

Tetapi sahabat kepada pengurus kaunter itu bukanlah seorang yang jujur. Dia fikir, jika dia memulangkan RM5 kepada mereka bertiga, akan susah untuk dibahagikan samarata kepada mereka bertiga.

Macam mana duit RM 5 nak dibahagikan samarata kepada 3 orang .. tentu susah, jadi untuk menyelesaikan masaalah ini sahabat pengurus kaunter ini mengambil (curi) RM2 dan memberikan bakinya iaitu RM3 kepada 3 orang sahabat yang menyewa hotel itu supaya senang di bahagi 3.


Maka, 3 sahabat itu membahagikan RM1 setiap orang secara samarata.

Jadi apabila baki RM 1 dipulang kepada mereka bertiga, bermakna mereka bertiga hanya membayar sejumlah RM9 seorang. Hasilnya apabila RM9 x 3 orang = RM27.00

Manakala sahabat Pengurus kaunter Hotel ini pula hanya mencuri sejumlah RM2 sahaja... Jika dicampurkan semuanya (RM27.00 + RM 2) , Jumlahnya adalah RM 29.00...


Di Mana lagi seringgit??? biggrin.gif biggrin.gif:ha?:

**fikir la...kan korang pandai**

No comments: