Wednesday, July 9, 2008

Meneka Umur & Tarikh Lahir Seseorang

Dapatkan anda meneka umur seseorang beserta dengan hari dan bulan ia dilahirkan ? Insya Allah kita akan dapat melakukanya.Mari ikut

Minta kawan-kawan lakukan aktiviti-aktiviti berikut secara individu :
  • Tuliskan sebagai satu nombor, bulan dan hari ia dilahirkan
  • Darabkan nombor itu dengan dua
  • Campurkan (tambahkan) lima kepada hasil darab itu
  • Seterusnya darabkan dengan lima puluh
  • Tambahkan umurnya (dalam tahun bulat sahaja)

Kemudian minta kawan-kawan itu memaklumkan hasil akhir operasi itu kepada kita dan Insya Allah dengan spontan kita dapat meneka dengan tepat umur, hari dan bulan mereka (masing-masingnya) dilahirkan bagaimana ?


FAEDAH DAN KEPENTINGANYA

  • kemahiran asas operasi matematik iaitu penambahan, pendaraban dan pengurangan
  • asas kepada pengenalan ajibra-iaitu konsep anu
  • meluaskan perspektif berfikir matematikal
  • mempertingkan minat dan keseronokan belajar matematik kerana rekreasi seperti ini merupakan satu perencah baru bagi mengelakkan kebosanan dan kejemuan dalam proses pengajaran pembelajaran matematik

HURAIAN PENYELASAIAN

CONTOH : Katakan kawan kita itu dilahirkan pada 26hb. Mei (iaitu bulan 5). Jadi bulan dan hari sebagai satu nombor ialah 526.
Bulan dan hari sebagai satu nombor didarabkan (x) dengan 2 :526x2=1052
Tambahkan (+) sebanyak 5 :1052+5=1057
Darabkan (x) dengan 50 :1057x50=52850
Tambahkan (+) umur [berdasarkan kepada tahun semasa
[1994] :52850+18=52868

Jadi apabila kita diberi tahu nombor itu iaitu dalam kes ini 52868 kita secara spontan terus menolakkan sebanyak 250 [nombor rahsia] :
52868-250=52618 iaitu,

5 / 26 / 1 8
bulan /hari/ umur

Jadi kita dapat mentafsirkan daripada nombor itu bahawa orang itu dilahirkan pada 26 haribulan Mei (5) dan umurnya 18 tahun dan rujukan tahun semasa sebagai 1994, maka tahun kelahiranya ialah 1994-18=1976.Jadi tarikh sepenuhya kelahiran orang itu ialah pada 26 haribulan Mei (5) 1976.

**pandai la korang kira2..ok**@sengihnampakgigi@sengihnampakgigi@sengihnampakgigi

No comments: